Saturday, December 6, 2008

LATARBELAKANG KEHIDUPAN ALABALADI

Photobucket

Abdul Rahman Alabaladi merupakan anak bongsu kesayangan kedua-dua orang tuanya iaitu Muhammad Hj Omar dan Fatimah binti Mat Resad yang menetap di kampung Delima Wakaf Bharu Kelantan. beliau lahir sebagai insan yang sempurna sifatnya,tetapi malangnya setelah mengalami masalah kesihatan, beliau
telah hilang daya penglihatan semasa baru berusia enam tahun.

Meskipun demikian,beliau mendapat pendidikan awal dengan mengaji di pondok Kampung Delima.
Abdul Rahman Alabaladi telah berpeluang belajar nasyid dengan Encik Idrus Saidi di Kepala Batas,Perak selama setahun.

Ayahnya yang sering melihat beliau bersendirian tanpa kawan sepermainan yang ramai akibat kekurangan fizikalnya itu telah membuat sendiri alat muzik
kecaluh (kecapi buluh) semasa beliau berusia lebih kurang 12 tahun.Alat muzik itu diharapkan menjadi teman untuk menghibur hati anaknya itu.

Bermula dati situlah beliau mula bermain muzik dan menyanyi menggunakan kicaluh untuk menghiburkan hati sendiri dan juga teman-temannya di pondok durian semasa menunggu buah durian gugur.

Lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Abdul Rahman alabaladi sebahagian besarnya berbentuk nasihat dan keagamaan serta berirama padang pasir.Gelaran "Alabaladi" pada nama beliau ialah sempena lagu "alabaladi" yang pernah pada suatu ketika dahulu dipopularkan oleh penyanyi tersohor dari mesir iaitu Umi Kalthum.Lagu tersebut sering dinyanyikan pada persembahan beliau.

Beliau menyara hidup anak isterinya dengan membuat persembahan lagu-lagu kasidahnya yang begitu mengasyikkan.Abdul Rahman alabaladi bukan sahaja membuat persembahan di majlis2 perkahwinan dan majlis2 yang lain malah pernah mengadakan persembahan diraja di pahang dan terangganu.

Tokoh ini juga mempunyai kebolehan menghasilkan minyak uratnya sendiri yang dinamakan sebagai "Minyak Merah Alabaladi",seperti yang diabadikan dalam lagunya,"cuba sekali".

Pada 7 Ogos 1970 Abdul Rahman Alabaladi telah mendirikan rumahtangga dengan pilihan keluarganya, iaitu Siti Meriam Hj Abdul Rahman ysng berasal dari Chenderong Batu ,Wakaf Bharu Kelantan.Mereka Dikurniai enam orang cahaya mata.

Pada tahun 1971 beliau pernah menyertai pertandingan anjuran RTM sehingga ke peringkat separuh akhir.Tahun 1981 merupakan tahun yang gemilang untuk beliau kerana telah menyandang Johan Nasyid Irama Berlian.

Setakat hari ini,beliau telah berkesempatan merakamkan tiga buah album yang antara lainnya memuatkan lagu2 Alabaladi,takdir ilahi,insaf diri dan banyak lagi.Album-album ini akan dibawanya bersama setiap kali beliau membuat persembahan nya.

Sebagai penghargaan terhadap komitmen beliau dalam dunia seni dan kebudayaan tanah air, pelbagai pihak telah menganjurkan lawatan beliau ke pelbagai negara,antara negara yang pernah di lawati beliau ialah Jerman,China(1991),Hong kong (1991) Turki,Thailand,Itali,Perancis,Belanda,dan Korea.

Gambar-gambar kenangan Alabaladi diluar negara.



Lagu Alabaladi Mahbub..